Kisah Terkini Terhangat

Saturday 26 May 2012

Sejarah Tempat keje

Sejarah Tesco

Tesco diasaskan oleh Jack Cohen di East End, London. Beliau merupakan seorang anak tukang jahit. Pada mulanya, beliau menjual pelbagai barangan di pasar Jalan Weel, Hackney. Selepas Perang Dunia Pertama berakhir pada tahun 1919, beliau menggunakan wang simpanannya untuk membeli gerai sendiri.
Jenama Tesco bermula tahun 1924 selepas membeli kedai teh daripada T.E Stockwell. Tesco adalah gabungan nama T.E Stockwell dan Cohen.
Pada tahun, 1929 Tesco dibuka di Burnt Ork, Edgware, London. Tesco di senarai Bursa Saham London pada 1947 sebagai Tesco Stores Holding, London.

Operasi tesco di Malaysia 

Tesco membuka gedung pertama di Malaysia pada 2002. Tesco Malaysia kini mengoperasi 30 gedung Tesco dan Tesco Extra. Tesco membina usahasama dengan Sime Darby yang memegang 30% saham.[3] Tesco turut mengambil alih Makro yang dijenama semula kepada Tesco Extra. Tesco Malaysia clubcard memperkenalkan Green ClubCard Points pada 2007 menjadikan Tesco Malaysia perniagaan antarabangsa Tesco pertama untuk memperkenalkan skim (Green ClubCard Points).[4]





 hasil maklumat dari -wikipedia- 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...