Kisah Terkini Terhangat

Sunday, 27 May 2012

jualan murah murah

assalamualaikum .....


Baru semalam menghupdate tntang sejarah kenegerian dan tempat keje(mesti korang boring pnyer ) haaa nei nak habaq mai,ari nei ader jualan murah murah kat tesco tau..,mana tak nyer barang barang mcm beg sekolah sampai beg troly(yang akademi fantasia dok pakai tue) set penjagaan lelaki dan wanita dijual murah murah,AL- Kisah nyer nak  dijadikan citer  jualan murah 2 dh start lama dah aku dpt tau pada hari sabtu tue pn secara kebetulan , masa  tngah menyusun bakul hijau aku nampak segelintir staff dok ngah scan label kuning ,jadi aku pn gei la tanyer manager  naper dia scan barang tue murah ,jadi dia pn bgitau barang overstock (banyak giler ) dan dia nak bgi barang tue abiz ), 

Jadi kebetulan  ari Ahad  jadual petang, macam biasela dulu  aku topupkan mana barang yg x der   dan tolong timbang 2 barang customer sbab aku tgk kat timbang sayur tue dah beratur panjang selepas aku menghabiskan rutin,aku pn tidak ketinggalan la memilih barng barang yag aku nak , banyak gak aku memborong heheheheheheheh!!!! barang murah murah kan saper taknak smpat jugalah aku amik ,dan aku smpan dalam bilik ,dengan tetiba manager aku panggil sbab ada briefing,tgah dok khusyuk dengar manager aku bgi next step sebab ari isnin ngan selasa ader visit,jadi sgm pn dtg mendengar ape next step,tetiba phone sgm aku berderingg,aku ingatkan bozz besar call dia ,rupa rupa nyer dari orng rumah dia,orang rumah dia complaint staff o.k.u aku tak nak potong ikan yang dia beli,apa lagi trus dia tanyer aku pasal aper dia tak nak potong ikan yg orng rumah dia beli,(mgkin tersalah komunikasi mklumlah tak boleh bercakap dan mempunyai masalah pendengaran yg serius),aku pn aper lagi amik apron plastik terus potong ikan tersebut,(macam hero sekejap )jadi selepas aku memotong ikan phne aku brbnyi ,ianya dari tunang aku ... 


    tunang:salam ,yg kata beg troly offr tue sampai bile?
           ada kawan nak pi beli
           Tesco ngan econsave mana lagi murah erk??

    apiz:x tau lagi nanti b inform cmne,kat econsave berapa?                        
         (aku ingatkan dia tanyer pasal harga beg troly tue)

    tunang:Bukan beg tp brg dapur
         
    apiz  :brng dapur ,mmg murah ayam rm 4.99,sawi rm 1.99,bawang merah 0.99 sen
           
      

    tunang:owh,nak pi tescolah.Brg dapur byk habis dah .Now skang kat umah alang
           (kebetulan best pren tunang aku  buat makan makan kat
           umah dia kat sungai buloh)

    apiz  :Mai la tesco kepng
           (sbab aku p.k dri sgai buloh nak ke kepong tak le jauh sangat pon,
            jimatla minyak kete dia )

    tunang:hurm,tgh fikir lg tak tau nak pi tesco mana,dari sg buloh tak reti
           nak pusing nak pi tesco kepong tue
      
    apiz  :Dari sg buloh la dkat
                tunang:Yer ke ,org igt nk pi tesco ampg,tgk le cmne nti

    apiz: Yela jauh kot ....

Tengah dok melepak 2 dalam bilik inventori aku pn message la tunang aku dimana dia berada ,dia pn membalas balik dia berada di tesco ,aku pn apa lagi terus msg tesco mana ? dia menjawab dia ader kat tesco kepong ,aku pn gei la keluar dari bilik inventori ,dan bertemu dengan dia,aku pn tanyer la nak sabun dettol tak ,ngah dok amik sabun cepat jerk dia dah sampai kt casher ,aku pn apa lagi suruh la dia patah balik (jangan marah haaa ),  jadi spaya tunang aku x  bengang ngan aku , aku pn tmankan la dia sampai kat casher,aku pn check la barang aper yg dia beli ,pastu dia tanyer aku bnda tray hitam tue daging aper ,aku jawab la daging kerbau ,aku check lagei  barang yg dia beli tue tarikh last expired dia biler risau gak aku ,sbab dia amik barang tue x check exp biler ,aku terpndang pada pergelangan tangan dia ada jam tangan yg dia kate hilang (aku baru ingat nak belikan dia jam yang baru)aku pn tanyer  kat mana dia jmpa jam tue ,dia menjawab kat umah ,pstu aku tanyer lagi  dah makan ke belum? (dalam hati aku berkata kata apalah dah tau dia dah makan wat per tanyer lagi )bkn aper aku nak ngajak dia tmankan aku makan kat kedai kuning,dia pn tnyer aku leh plak tmankan dia sampai kat casher,


akhirnyer  aku pn terus beredar dari situ meletakkan balik brang yg dia x jadi amik tue  dan terus gerak makan kat kedai kuning ,sbab dah lapor giler kot ,nasib bek tak jadi giler je hahahahahah....ok la sebelum aku merepek panjag lebar lagei , lebih baek aku nak undurkan diri dahulu.. coz lapor lagi nak bekpes kt kodai cik ani ....


assalamualaikum ....
  
  
            
     


Saturday, 26 May 2012

Sejarah negeri kelahiran ku ...

Aassalamualaikum ...

  Bila ditanya dinegeri manakah  anda dilahirkan ,ramai yg boleh menjawb,tetapi sekiranyer ditanye dari manakah nama asal usul negeri tersebut ,kbnyakan tidak akan tahu,cuma yg kita tahu asal usul negeri melaka saje hehehehe.. (mesti korang p.k aperla yg aku dok ngarut pagi pagi buta nei kan heheheheheh...tapi itu lah hakikatnyer.. skang nei meh aku nak citer pasal sejarah negeri kelahiranku yg tercinta pahang darul makmur yang aku dapat dari laman web wikipedia.... 

Asal Usul Nama Negeri Pahang

Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.
Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Tembeling.

Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu.Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu.Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan.Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.

Pahang Zaman Pra-Sejarah

Penyelidikan telah dibuat oleh ahli kaji purba secara ilmiah di beberapa tempat di Negeri Pahang Darul Makmur iaitu di gua-gua batu, di gunung-gunung, di tempat berhampiran dengan sungai, di tanah perlombongan lama dan juga di tempat lapang. Jumpaan benda purba terdiri daripada batu, tembikar, gangsa dan besi kuno buatan orang zaman purbakala.

Tempat tersebut ialah di gua batu kapur seperti Kota Tongkat, Kota Gelanggi dekat Jerantut; Gua Kecil, Raub; Gunung Senyum; Bukit Chintamanis, Karak; Sungai Lembing, Tersang, Kuala Lipis Sungai Selinsing Sungai Tui, Nyong, Teluk Lubuk Puai, Batu Pasir Garam, Bukit Jong dan Kg. Padi di persimpangan Sungai Tembeling dan beberapa tempat lagi di sepanjang Sungai Pahang. Antara benda purba yang dijumpai tertanam dalam tanah di negeri ini ialah barang dan perkakas yang dibuat daripada batu oleh orang zaman batu pertengahan (mesolithic). Barang-barang tersebut ialah kapak genggam, beliung dan pahat.

Ahli kaji purba menyatakan manusia zaman batu pertengahan yang mendiami Negeri Pahang Darul Makmur tinggal di gua batu dan gua-gua di gunung-ganang negeri ini dan mereka adalah kumpulan yang mula-mula datang ke Semenanjung Tanah Melayu dan Tanah Besar Benua Asia. Rombongan Melayu Proto mendiami Semenanjung termasuk Pahang dan pulau-pulau Nusantara ialah dalam lingkungan 3,000 atau 2,000 sebelum Masehi.
Dari aspek pertanian, barang dan perkakas buatan orang zaman batu akhir yang telah dijumpai dalam tanah ialah benda yang berupa mata lembing, pisau, sabit, cangkul, tenggala dan lain-lain perkakas ganjil yang dibuat daripada besi zaman dahulu. Tempat yang dijumpai terutamanya di tepi Sungai Lembing, Teluk Lubuk Puai Jong tepi Sungai Lipis. Di Kampung Batu Pasir Garam di tepi Sungai Tembeling, dijumpai pecahan muka gendang zaman dahulu yang diperbuat daripada gangsa. Gendang gangsa ini digunakan oleh orang yang memakai kebudayaan gangsa.Dr. Linehan berpendapat gendang gangsa ini ditukangi di Indo-China dan dibawa dari negeri Funan ke Ulu Tembeling antara kurun Masihi ketiga iaitu dibawa bersama-sama dengan perkakas dari besi kuno (tulang mawas).

Mengikut ahli kaji manusia dan ahli sejarah, orang Melayu pesisir (DeutroMalays) ialah nenek moyang orang Melayu yang tinggal di daerah pantai Semenanjung Tanah Melayu. Pendek kata pada zaman dahulu kala selain daripada orang asli iaitu orang Semang dan puaknya di Negeri Pahang Darul Makmur telah didiami oleh manusia yang disebut dalam ilmu sejarah sebagai manusia zaman batu pertengahan, zaman batu akhir atau permulaan zaman gangsa lagi

Pemerintahan Negeri

Menurut riwayat tua pemerintahan negeri ini dijalankan dengan cara pemerintahan beraja dari semenjak zaman dahulu kala membawa ke masa sekarang. Keturunan raja Melaka itulah yang lama sekali berkuasa di Negeri Pahang Darul Makmur dan pemerintahan daripada waktu itu memakai gelaran Sultan dan keturunan ini memerintah lebih dari 200 tahun semenjak daripada raja bernama Sultan Mahmud Shah yang masyhur di dalam Sejarah Marhum Mangkat Di julang dalam tahun 1699.
Setelah itu pemerintah Pahang pindah kepada keturunan Bendahara Tuan Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Dari titisan keluarga dan zuriat ini juga telah menjadikan Negeri Pahang Darul Makmur terputus dari takluk Riau dan telah menubuhkan satu pemerintahan merdeka, berkuasa penuh sebelum ini, menjalinkan persahabatan dengan Sultan hinggalah sekarang ini.





HASIL MAKLUMAT DARI -WIKIPEDIA -

Sejarah Tempat keje

Sejarah Tesco

Tesco diasaskan oleh Jack Cohen di East End, London. Beliau merupakan seorang anak tukang jahit. Pada mulanya, beliau menjual pelbagai barangan di pasar Jalan Weel, Hackney. Selepas Perang Dunia Pertama berakhir pada tahun 1919, beliau menggunakan wang simpanannya untuk membeli gerai sendiri.
Jenama Tesco bermula tahun 1924 selepas membeli kedai teh daripada T.E Stockwell. Tesco adalah gabungan nama T.E Stockwell dan Cohen.
Pada tahun, 1929 Tesco dibuka di Burnt Ork, Edgware, London. Tesco di senarai Bursa Saham London pada 1947 sebagai Tesco Stores Holding, London.

Operasi tesco di Malaysia 

Tesco membuka gedung pertama di Malaysia pada 2002. Tesco Malaysia kini mengoperasi 30 gedung Tesco dan Tesco Extra. Tesco membina usahasama dengan Sime Darby yang memegang 30% saham.[3] Tesco turut mengambil alih Makro yang dijenama semula kepada Tesco Extra. Tesco Malaysia clubcard memperkenalkan Green ClubCard Points pada 2007 menjadikan Tesco Malaysia perniagaan antarabangsa Tesco pertama untuk memperkenalkan skim (Green ClubCard Points).[4]





 hasil maklumat dari -wikipedia- 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...